WELCOME

WELCOME
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI...................................... SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI.............................. SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB KAMI.......................

CONTOH RPH

Rancangan Mengajar Harian Dunia Sains dan Teknologi
Tema / tajuk
Sains Fizikal ( Magnet)
Masa
 60 minit
Bil Murid
30 orang
Standard Pembelajaran
5.1.1 ,
Objektif pembelajaran
Di akhir P&P murid-murid dapat :
1.      Mengenal pasti bentuk magnet seperti magnet bar, silinder, ladam, bentuk U, butang dan cincin.

KPS
Memerhati, Mengelaskan, Berkomunikasi
Aktiviti P & P

Fasa
Aktiviti

1.      Persediaaan ( 5 minit)

KPS :
Memerhati dan berkomunikasi

Guru menunjukkan beberapa contoh magnet hiasan kepada murid.

Soalan :
1.      Pernahkan anda lihat objek ini ?
2.      Dimana anda lihat objek ini ?
3.      Apakah kegunaannya ?
4.      Bagaimana ia boleh melekat ?
5.      Namakan objek tersebut ?


2.      Imaginasi ( 10 minit )

KPS :
Memerhati dan Berkomunikasi



Murid secara berkumpulan memerhati dan memperihalkan bahagian  belakang  objek.

Soalan :
1.      Apakah  bentuk objek tersebut ?
2.      Apakah warna objek tersebut ?
3.      Apakah rasa permukaan objek tersebut ?
4.      Apakah saiz objek tersebut ?
5.      Namakan bentuk-bentuk magnet yang lain yang anda tahu?

Guru memperkenalkan contoh pelbagai bentuk magnet.

3.      Perkembangan                 ( 25 minit)
KPS :
Mengelaskan, berkomunikasi dan memerhati

1.      Setiap kumpulan dibekalkan dengan marker dan kertas mahjong dan diminta melukiskan kesemua bentuk magnet dan melabelkannya.
2.      Setiap kumpulan diberikan 2  magnet yang berlainan bentuk .
·        Murid diminta menyatakan perbezaan dan persamaan antara   dua magnet.
3.      Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka.


4.      Tindakan
(15 minit)

KPS :
Berkomunikasi

Guru membuat ulasan hasil kerja murid.

Murid membuat latihan pengukuhan.
LAMPIRAN 1

Guru bersoal-jawab secara lisan tentang bentuk-bentuk  dan bilangan magnet yang telah dipelajari.

Murid menamakan bentuk magnet ( LAMPIRAN 2)

EMK
Kreativiti dan keusahawanan

Bahan bantu belajar
Magnet pelbagai bentuk ( magnet bar, silinder, ladam, bentuk U, butang dan cincin), lembaran kerja 1 dan 2, magnet hiasan , kertas lukisan/ kertas mahjong dan marker
Penilaian P&P
1.Murid dapat melukis 6 bentuk magnet.
2. Murid menamakan  6 bentuk magnet.
3. Murid boleh menyatakan persamaan dan perbezaan magnet.

Nilai-nilai murni
Berkerjasama, Bertanggungjawab


Refleksi

...... / 30 orang murid dapat menguasai tajuk yang diajar.

....../ 30 murid diberikan latihan tambahan dengan bimbingan guru.




No comments:

Post a Comment